PolitikUncategorized

Krisis ekonomi dan pandemik perlu ditangani serentak – Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, krisis ekonomi dan pandemik Covid-19 perlu ditangani serentak.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, situasi ekonomi yang lembab dengan kurangnya pelaburan langsung masuk ke negara ini adalah sama penting perlu diberi perhatian khusus sebagaimana usaha mengekang penularan wabak.

Pada masa ini kata beliau, pemulihan ekonomi dan usaha untuk menarik pelabur asing tidak diberi perhatian sewajarnya.

”Pelabur asing harus diberi maklumat mengenai usaha yang diambil oleh kerajaan menangani pandemik dan krisis politik.

”Sebagai contoh, pelabur harus dimaklumkan bila program vaksinasi selesai dan darurat yang dilaksanakan akan tamat, kerana maklumat sedemikian penting kepada pelabur,” katanya ketika diwawancara Suara Merdeka hari ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang terap berkata, beliau akan memberi pandangan kepada kerajaan hari ini apabila mempunyai peluang.

Selaku pemimpin politik berpengalaman dan pernah menjadi menteri besar Kedah, beliau kini menyandang jawatan Pengerusi TNB yakin negara ini mampu keluar dari kemelut politik, ekonomi dan pandemik  serta kembali gemilang seperti sebelum ini.

Suara Merdeka akan menyiarkan video wawancara Mahdzir dan jangan lupa like dan follow Facebook Suara Merdeka serta subscribe YouTube dan Twitter Suara Merdeka.

 

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button