Uncategorized

Presiden AS suntik vaksin Covid bagi buktikan ia selamat

Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih Joe Biden membenarkan dirinya disuntik dengan vaksin Covid-19, Pfizer yang disiarkan secara langsung di televisyen hari ini.

Langkah itu diambil oleh Biden bagi menyakinkan rakyat Amerika bahawa vaksin Covid-19 itu yang dihasilkan di negara tersebut adalah selamat untuk digunakan.

Biden membenarkan vaksin itu disuntik ke dalam tubuhnya beberapa jam selepas isterinya, Jill melakukan langkah yang sama.

“Saya sudah sedia,” kata Biden, yang diberikan dosis di sebuah hospital di Newark, Delaware.

Suntikan itu dibuat pada hari yang sama vaksin kedua, yang dihasilkan oleh Moderna, akan mula tiba di negeri-negeri di negara tersebut.

Virus Covid-19 telah membunuh lebih dari 317,000 orang di Amerika Syarikat dan berjuta nyawa lain di seluruh dunia.

“Hari ini, saya menerima vaksin COVID-19. Kepada para saintis dan penyelidik yang berusaha tanpa lelah untuk mewujudkannya – terima kasih. Kami berhutang dengan anda.

“Dan kepada rakyat Amerika – ketahui tidak ada yang perlu dibimbangkan. Apabila vaksin tersedia, saya menggesa anda untuk mengambilnya,” kata Bidin.

Dalam pada itu Biden terus menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana pemberian vaksin kepada semua rakyat mengambil masa.

“Sekiranya anda tidak perlu melakukan perjalanan, jangan melakukan perjalanan,” katanya. “Ini sangat penting.”

Naib Presiden yang baru dipilih, Kamala Harris dan suaminya dijangka menerima vaksin pertama minggu depan.

Kamala yang berkongsi gambar Bidin sedang disuntik vaksin di media sosial menulis,”Inilah kepimpinan.”-SM

 

 

 

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button