Berita

Isu kalimah Allah: Pemesongan fakta Sharkar merbahaya

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin telah mengemukakan fakta yang salah apabila menyatakan kalimah Allah dibenarkan bagi penganut Kristian semasa pemerintahan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sedang dengan jelas dinyatakan empat perkataan yang tidak dibenarkan digunakan langsung oleh penganut Kristian termasuk perkataan Allah.

Mohd Sharkar melakukan pemesongan fakta itu ketika muncul secara langsung di Wacana Sinar Siri 400 yang bertajuk PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, pada Selasa.

Mohd Sharkar bertindak gelojoh ketika cuba mematah hujah Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan berhubung isu tu.

Menurut fakta kes keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Mac 2021 dalam Kes Jill Ireland antara lain mengatakan bahawa pihak Jill Ireland boleh menggunakan percetakan yang mengandungi perkataan ‘Allah’.

Menurut Peguam terkenal, Haniff Khatri, keputusan tersebut adalah berdasarkan satu arahan yang telah dikeluarkan oleh kabinet di bawah tandatangan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu (Allahyarham) Tun Ghaffar Baba yan bertarikh 16 Mei 1986.

Dalam satu wawancara bersama malayadaily, Hanif menerangkan bahawa dalam surat itu terdapat pelbagai perkataan yang samada tidak boleh digunakan langsung atau pun boleh digunakan dengan syarat terdapat di muka hadapan percetakan tersebut dinyatakan untuk agama Kristian sahaja.

“Jadi arahan itu kalau kita tengok tahun 1986, dia dalam bahasa Melayu penulisan (Allahyarham) Tun Ghaffar Baba masa tu.

“Dia mengatakan “Kabinet (kabinet Tun Dr Mahathir) memutuskan saya sendiri, dan telah mengarahkan akan dia Anwar (Anwar merujuk kepada Anwar Ibrahim) dan James (James adalah James Ongkili) mengkaji perkara di atas.

Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang dianggotai oleh (Allahyarham) Tun Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim dan James Ongkili bahawa 12 perkataan yang boleh digunakan ialah; Al Kitab, Firman, Rasul, Syariah, Iman, Ibadah, Injil, Wahyu, Nabi, Syukur, Zikir, Doa. Dan yang kedua perkataan-perkataan yang tidak boleh dipakai; Allah, Kaabah, Baitullah, Solat

Berdasarkan Salinan surat Timbalan Perdana Menteri Tun Ghaffar Baba tersebut, terdapat dinyatakan pada perenggan bebas; dengan syarat di kulit luar yakni muka depan buku-buku itu ditulis perkataan ‘UNTUK AGAMA KRISTIAN’, sekian dimaklumkan ditandatangani TPM Tun Ghaffar Baba, 16 Mei 1986.

“Maksudnya dalam fahaman biasa oleh semua pihak pada masa itu  (Allahyarham) Tun Ghaffar Baba mengatakan keputusan Jawatan Kuasa boleh digunakan 12 perkataan itu adalah dengan syarat di kulit luar (buku) ada catatan tersebut dan 4 yang dikatakan tak boleh digunakan, maksudnya tak boleh langsung. Kata Haniff.

“Dan perkara ini kemudiannya bila sampai kepada pihak kementerian iaitu Kementerian Dalam negeri (KDN) secara khusus, bahagian kawalan penerbitan, pada 5 Disember 1986 mereka telah pun mengambil kira, mengguna pakai arahan kabinet melalui kenyataan (Allahyarham) Tun Ghaffar Baba itu sebagai undang-undang yang perlu diterima pakai oleh semua kementerian.

Menurut Hanif, itulah yang menjadi dasar kenapa dalam kes Jill Ireland, CD-CD itu dirampas sebab terkandung perkataan ‘Allah’ dan yang mana menurut arahan  (Allahyarham) Tun Ghaffar Baba seperti yang difahami oleh KDN di dalam arahan bertarikh 5 Dis 1986; perkataan itu tidak boleh digunakan oleh orang Kristian langsung.

“Tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yang Arif tersebut telah (dalam menjawab permintaan Jill Ireland) perlu takrifkan apa maksud surat  (Allahyarham) Tun Ghaffar Baba, 5 Mei 1986 dan apakah kesan perlembagaan dan perundangan arahan kementerian tersebut.

“Jadi dia (Mahkamah Tinggi) membuat keputusan (membaca) bahawa yang 12 tu boleh digunakan tanpa apa-apa syarat. Yang 4 yang dikatakan tak boleh digunakan masih boleh digunakan dengan syarat di kulit depan ditulis.

“Ini adalah soal takrifan (tafsiran), tapi (ia) penting sebab ini polisi kerajaan. Mahkamah tidak akan mencampuri polisi kerajaan melainkan untuk mentakrifkan polisi kerajaan.

“Bagi kita, takrifan itu tidak tepat sebab apa yang dimaksudkan oleh kerajaan pada masa itu, 12 (perkataan) itu boleh digunakan dengan syarat ada ‘warning’ didepan (buku), yang 4 (perkataan) tak boleh, dengan warning ke tanpa warning tak boleh guna.

Atas sebab ini Hanif berpendapat isu ini antara isu amat penting untuk dibawa ke Mahkamah Rayuan. Namun, dengan Kerajaan menarik balik Rayuan pada 18 Apr lalu, menjadikan isu ini tidak boleh dibawa ke hadapan untuk diperbetulkan lagi olen Mahkamah Rayuan. – SM

(Visited 512 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button