Belang Bertempat

Isu integriti beri kesan kepada Barisan Nasional di Johor

Barisan Nasional (BN) diserang keliling isu integriti oleh pihak lawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berikut beberapa pemimpinnya yang terkait dengan kes mahkamah giat berkempen di negeri berkenaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja sudah didapati bersalah di mahkamah, bahkan berdepan banyak lagi pertuduhan di mahkamah berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.

Perbicaraan kes 1MDB di New York juga telah dijadikan modal pihak lawan untuk menyerang BN.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula telah diputuskan oleh mahkamah bahawa pertuduhan terhadap beliau mempunyai ‘prima facie’ dan kini perlu membela diri.

Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sejak awal lagi menawarkan sebuah kerajaan yang cekap dan berintegriti di Johor bagi memacu ekonomi negeri dan negara.

Ini semua kerana kedua-dua pemimpin UMNO berkenaan tetap berdegil untuk aktif di dalam politik dan mengheret parti terbesar orang Melayu itu ke dalam kancah masalah peribadi mereka.

Walaupun isu sama dibawa ketika PRN Melaka tempoh hari tidak memberi kesan yang signifikan, tetapi kali ini situasinya berbeza dan jika ia tidak diatasi, Najib dan Zahid akan sekali lagi menjadi punca kepada merudumnya sokongan terhadap parti itu.

Lihat sahaja bagaimana Najib menggunakan keseluruhan sesi beliau berucap di Dewan Rakyat hari ini hanya untuk mempertahankan dirinya semata-mata tanpa membawa isu dan masalah dihadapi rakyat.

Tinjauan Suara Merdeka mendapati rakyat di negeri amat berharap pemimpin yang dipilih akan membawa masalah mereka ke perhatian kerajaan untuk diambil tindakan.

Jika parti penuh dengan liabiliti ini dipilih memerintah Johor ia akan mengheret negeri berkenaan dengan kemelut yang tidak berterusan, sedangkan rakyat telah lama berharap kepada kerajaan berintegriti dan dapat menyelesaikan masalah ekonomi serta sosial dihadapi oleh mereka.

 

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button