Politik

Isu 1MDB bukan lagi isu utama kepada rakyat

SETELAH negara dikejutkan dengan Skandal Kewangan 1MDB yang merubah Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan UMNO-BN kepada Kerajaan Pakatan Harapan kini isu 1MDB bukan lagi merupakan isu yang paling utama kepada rakyat.

Isu 1MDB juga dijangkakan tidak lagi akan menghantui UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Yang menjadi isu utama kepada rakyat sekarang ialah kenaikan kos sara hidup. Isu inflasi. Isu kenaikkan harga barang.

Stigma isu 1MDB tidak lagi menghantui Kerajaan.

Isu paling utama untuk PRU15 ini nampaknya akan berkisar kepada bagaimana rakyat mahu hidup dan mencari rezeki dalam post pandemik Covid-19 ini.

Kos sara hidup yang semakin tinggi kelihatan membebankan rakyat.

Manakala kenaikkan harga barang-barang keperluan menambahkan lagi kesusahan yang bakal dialami oleh rakyat. Rakyat amat risau sekiranya keadaan ini berlarutan.

Penubuhan Pasukan Jihad menangani inflasi yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah satu langkah yang tepat dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ramai rakyat terkesan dengan situasi di mana seluruh dunia mengalami inflasi.

Ramai rakyat mengalami income atau pun pendapatan mereka berkurangan.

Kelihatan seolah-olah 60% peratus rakyat negara ini kini berada di Low Income Group (kumpulan income yang rendah).

Sesungguhnya peperangan menentang Inflasi, kenaikkan harga barang, keadaan ekonomi tidak menentu dan menangani kenaikkan kos sara hidup merupakan cabaran paling besar untuk Perdana Menteri Ismail Sabri dan Kerajaan Keluarga Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri Ismail Sabri berjaya menangani semua isu ini, sesungguhnya rakyat melihat tiada pemimpin yang lain, yang ayak diberi mandat untuk memimpin negara ini untuk satu penggal lagi selain daripada ISMAIL SABRI. – SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button