Nasional

Malaysia beri keutamaan bangunkan semula ekonomi

MALAYSIA meletakkan keutamaan untuk membangunkan kembali ekonomi selain menempatkan negara pada kedudukan yang lebih kukuh dengan ekonomi yang lebih kompetitif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,  cabaran yang dihadapi negara sejak 18 bulan lalu turut memberikan peluang kepada kerajaan untuk mengkaji semula dasar dan strateginya.

Katanya, keutamaan kerajaan dalam tempoh 10 tahun akan datang termasuk meningkatkan pendapatan, menghapuskan kemiskinan mutlak dan mengurangkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah serta memastikan pertumbuhan berkualiti yang mampan, iaitu pertumbuhan tanpa menjejaskan persekitaran.

“Keutamaan lain adalah mewujudkan persekitaran dasar yang kondusif untuk sektor swasta, pelabur tempatan dan asing; pertumbuhan dan pembangunan yang inklusif serta menghasilkan lebih banyak perpaduan dan penyatuan dalam konteks Keluarga Malaysia; dan memastikan bahawa mekanisme penyampaian kerajaan ditingkatkan untuk memenuhi matlamat pembangunan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika menyampaikan ucaptama di webinar bertajuk ‘Rancangan Malaysia Ke-12: Membangunkan Negara dalam Semangat Keluarga Malaysia’ di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau memberitahu,  Unit Perancang Ekonomi melibatkan diri secara aktif dengan pelbagai pihak berkepentingan dari seawal April 2019 dalam menyiapkan RMK-12, yang akan dibentangkan pada 27 September ini.

 

“Ia menyediakan petunjuk arah kepada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, pelabur dan masyarakat secara umum mengenai keseluruhan hala tuju kerajaan Malaysia,” jelasnya. – SM

 

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button