Belang Bertempat

Istiqomah menanti esok: Majlis Raja-Raja Melayu bersidang

Dua isu: Covid-19 dan politik jadi tumpuan rakyat

ESOK 16 Jun ramai yang menunggu apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu bagi menyelesaikan ancaman berterusan pandemik Covid-19. Selain itu, Majlis Raja-Raja yang akan berrsidang esok pastinya akan mencari jalan penyelesaian kemelut politik negara demi kesejahteraan rakyat.

Kita tahu bahawa ancaman berterusan Covid-19 sudah lebih dua tahun, memberi kesan ke atas ekonomi negara yang semakin merudum.

Kesusahan dan kesukaran rakyat disuarakan melalui keluh-kesah dan rasa resah rakyat yang hilang punca dan tertanya-tanya, apakah kesudahannya?

Ini kerana keadaan hari ini dilihat sebagai amat kritikal dan genting sekali dan itulah yang dinyatakan oleh Presiden Parti PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali minggu lepas.

Memang benar, berbagai pandangan telah dilontarkan oleh pelbagai pihak dalam memperkatakan dua isu di atas. Ada yang menyokong atau pro, ada yang menongkah atau kontra dan ada juga yang bersanggahan di antara satu sama lain.

Yang penting dan jelas pada minggu lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah bertemu dengan kesemua pemimpin parti politik utama negara.

Kesemua pemimpin sudah mengadap  dantelah memberi kenyataan pada media.

“Semuanya menjadi teka teki apakah ramuan yang akan diputuskan oleh Baginda dan Majlis Raja-Raja Melayu,” kata Ibrahim.

Rentetan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka mencadangkan penubuhan MAGERAN sama seperti MAGERAN 13 Mei 1969 kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Tun Mahatir turut mendedahkan bahawa ‘titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan  MAGERAN boleh dilaksanakan jika Kerajaan bersetuju.

Soal Ibrahim Ali, “apakah di bawah Ordinan Darurat, Agong mesti mendapat persetujuan kerajaan, tidaklah dapat dipastikan.”

Apa yang sedang dilakukan sekarang ini bagi menangani ancaman Covid-19 dan usaha memulihkan ekonomi dan kesengsaraan rakyat haruslah dilaksanakan dengan lebih pro-aktif.

Jika MAGERAN ditubuhkan untuk mentadbir negara buat seketika ramai juga tokoh masyarakat yang bersetuju dengan cadangan ini.

Bezanya, sesiapa yang dilantik mengetuai MAGERAN mestilah seorang tokoh yang berintegriti, berwibawa, berpengalaman dan diterima oleh semua pihak. – SM

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button