Rencah Hidup

Keluarga tidak setuju dengan pilihan hati Abang Viva

Sejak semalam hangat diperkatakan oleh orang ramai berkenaan Abang Viva berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya.

Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Abang Viva menjawab segala persoalan melalui sesi live untuk menjelaskan spekulasi yang terjadi.

Abang Viva juga turut menunjukkan bukti perbualan bersama ibunya di WhatsApp sebelum dan selepas nikah.

Dia juga turut menghantar gambar kahwin berserta video semasa akad nikah di pejabat agama pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya perkahwinan itu dimaklumkan kepada ayahnya sebanyak tiga kali dan ibunya pula lima kali.

Namun kedua ibu bapa mereka tidak bersetuju dengan calon isterinya pilihannya.

Abang Viva turut memberitahu, ketiadaan ibu bapanya di pejabat agama adalah kerana mengambil faktor masalah kesihatan mereka yang kurang baik.

Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak pasti dan tidak mengambil tahu apa yang terjadi antara ahli keluarganya kerana dia sudah dikeluarkan daripada group WhatsApp sejak Julai lalu.

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button