Belang Bertempat

Kenapa palau Rosmah?

Lima hari lalu Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan 17 tuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dikenakan terhadap beliau.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata tuduhan tersebut cacat dan beliau sepatutnya dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan tersebut.

Peguam Rajivan Nambiar berkata permohonan itu dikemukakan semalam. Salinan surat itu sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn mengesahkan perkara tersebut.

Semasa pengurusan kes hari ini, Hakim K Muniandy menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan itu.

Dalam afidavit sebagai sokongan kepada permohonan tersebut, Rosmah berkata beliau mendapat nasihat daripada peguamnya bahawa 17 tuduhan terhadapnya itu adalah tidak berasas, cacat, dan tidak mendedahkan sebarang kesalahan.

Beliau dituduh pada 4 Okt 2018, tetapi perbicaraan bermula pada 24 Ogos di hadapan Muniandy.

Rosmah berkata bahawa beliau dituduh atas dakwaan bahawa beliau tidak mengemukakan deklarasi cukai pendapatannya seperti yang diperlukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, oleh demikian beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

“Tiada arahan atau permintaan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan saya tidak melanggar Amla,” katanya.

Rosmah menambah Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan harus menentukan jumlah cukai yang harus dibayarnya kepada LHDN.

Beliau berkata beliau mempunyai hak berperlembagaan untuk dilayan secara adil dan mengemukakan rayuan kepada pesuruhjaya khas mengenai penilaian cukai yang dibuat oleh LHDN.

Rosmah berdepan perbicaraan 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7.09 juta dan lima tuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada LHDN.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 4 Dis 2013 hingga 8 Jun 2017.

Setakat ini, dua saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Pada 3 Mei, Rosmah juga menghantar representasi kepada Pejabat Peguam Negara untuk menarik balik tuduhan tersebut, tetapi pendakwaan masih belum membuat keputusan.

Berbanding DNAA Zahid Hamidi yang menjadi kecoh, permohonan Rosmah mendapat reaksi berbeza oleh netizen.

Mana perginya bala tentera siber Bossku yang sepatutnya membuat bising, tetapi terus membisu selepas lima hari.

Di mana perginya penyokong setia? Bersabarlah Datin Seri.

Apakah mereka semua sudah bertukar tuan baharu iaitu Zahid Hamidi?

(Visited 1,954 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button