Nasional

Isham Jalil tanya, perlukah Hakim Nazlan diberi imuniti khas?

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil bertanya, apakah keistimewaan Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd. Ghazali untuk diberikan imuniti atau kekebalan istimewa daripada sebarang siasatan berhubung dakwaan jenayah.

Kata Isham, apa keistimewaan Nazlan yang mensabit dan menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes SRC sehingga beliau harus diberikan imuniti sedemikian.

Isham menegaskan, seorang hakim adalah anggota badan awam, menjadikan mereka bertanggungjawab terhadap siasatan jenayah.

“Perkara 125 Perlembagaan yang memperuntukkan penubuhan tribunal untuk menilai salah laku hakim, melibatkan tempoh dan saraan hakim, tidak menyebut apa-apa tentang kesalahan jenayah,” katanya.

Kata Isham lagi, peruntukan perlembagaan melibatkan perkara etika manakala siasatan semasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan dakwaan jenayah.
“Seseorang tidak masuk penjara kerana bertindak tidak beretika tetapi melakukan jenayah,” jelas beliau.

Beliau berkata, siasatan SPRM bukan mengenai memendekkan tempoh perkhidmatan Nazlan atau memecatnya daripada jawatan kerana tidak berdisiplin atau melanggar kod etika tetapi kerana dakwaan jenayah terhadapnya.

“Sekiranya dia bersalah, bukan sahaja dia akan disingkirkan daripada jawatan dan tempoh perkhidmatannya dipendekkan tetapi dia juga akan dipenjarakan. Jadi, ini adalah lebih serius daripada salah laku disiplin atau etika.

“Apakah keistimewaan Nazlan sehinggakan anda dan rakan-rakan anda rasa patut memberinya imuniti istimewa daripada penyiasatan atas dakwaan jenayah?

“Bukankah undang-undang sepatutnya buta kepada semua dalam soal keadilan? Kenapa double standard?” catat Isham di Facebook beliau.

Kontroversi semasa yang melibatkan Nazlan timbul daripada laporan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa hakim disiasat kerana wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Nazlan bagaimanapun telah menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap artikel yang ditulis oleh Raja Petra.

SPRM pula melancarkan siasatan berhubung perkara itu selepas laporan dibuat dan mendapat kritikan daripada Majlis Peguam dan lain-lain.

Namun agensi anti rasuah tersebut mempertahankan siasatannya dan mengatakan ia mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai awam termasuk hakim.

Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak atas tujuh pertuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International pada 28 Julai 2020 lalu.

BACA PAUTAN DI LINK :
https://suaramerdeka.com.my/kes-src-najib-mahkamah-persekutuan-tetapkan-10-hari-dengar-rayuan/

Sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember dan rayuan terhadap sabitan itu telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. – SM

 

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button