NasionalNegeri

Indonesia iktiraf Empayar Bintang

SYARIKAT perancang acara milik penuh bumiputera, Empayar Bintang Weddings (Empayar Bintang) berjaya mengharumkan nama Malaysia di luar negara selepas mendapat anugerah pengiktirafan di Indonesia.

Pengasasnya, Mohd. Azroy Jalaluddin berkata, pihaknya dipilih memenangi Anugerah ASEAN 2023 bagi Kategori Katering ASEAN anjuran majalah popular negara seberang itu, Indonesia Award Magazine atas kejayaan menganjurkan satu acara di Bangkok, Thailand sebelum ini.

Beliau berkata, syarikatnya tidak pernah terfikir untuk menerima anugerah itu memandangkan senarai pencalonan yang sengit terutama daripada syarikat perancang negara ASEAN lain.

“Sudah semestinya kami berasa bangga kerana dapat membawa nama Malaysia ketika berada di sana menerima anugerah ini.

“Secara jujur saya tidak pernah terfikir akan menjadi yang teratas dalam senari pemilihan pemenang kerana penyertaan dari syarikat-syarikat lain amat banyak dan sengit.

“Anugerah telah memberi motivasi tinggi kepada kami untuk 2023 ini agar syarikat lebih sukses, maju dan boleh pergi lebih jauh dari apa yang kami capai sekarang selain memberi semangat untuk kami berkerja lebih kuat sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Empayar Bintang yang diasaskan Mohd. Azroy bersama Mohd. Azreen Zamri ditubuhkan pada tahun 2014.

Empayar Bintang yang ditubuhkan pada 2014 merupakan syarikat perancang acara yang meliputi acara korporat, acara persendirian, perkahwinan dan banyak lagi.

Syarikat itu menawarkan perkhidmatan seperti katering, dewan dan peralatan, dekorasi, lampu, pakaian perkahwinan, persembahan pentas, sistem muzik dan banyak lagi

Ketika ini, syarikat dua anak muda itu memilik lebih 40 kakitangan sepenuh dan separuh masa telah menganjurkan ratusan acara termasuk majlis perkahwinan mewah di kalangan selebriti.

Majlis acara di Malaysia yang terbesar yang pernah dianjurkan syarikat itu seramai 3,500 manakala di luar negara seramai 500 tetamu.

Mengulas lanjut, Mohd. Azroy berkata, Empayar Bintang kini dalam perancangan untuk membuka beberapa buah dewan sendiri di Lembah Klang yang meliputi pakej penuh perkahwinan untuk mengembangkan operasi perniagaan.

Selain itu, kata beliau, pihaknya komited untuk memberi fokus dalam meningkat lagi kualiti servis di seluruh negara.

“Empayar Bintang sentiasa membuat sesuatu yang inovatif dalam sesuatu majlis dan akan sentiasa menjadi syarikat pengurusan acara perkahwinan yang boleh dipercayai serta kekal sebagai pilihan pelanggan,” katanya. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button