Nasional

Negeri termaju di Malaysia terputus bekalan air lagi

NEGERI termaju di Malaysia, Selangor dan penduduk di Lembah Kelang berhadapan dengan masalah bekalan air sekali lagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan awal pagi ini memberitahu Logi Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihentikan tugas hari ini.

Menurut syarikat itu, pinaknya telah mengesan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor pada pukul 2 pagi tadi.

Henti tugas tersebut akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual terhadap 1,196,457 akaun.

Gangguan bekalan air berkenaan meliputi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Justeru itu, Air Selangor ingin memaklumkan pemulihan setakat jam 2 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai kadar 80 peratus.

“Namun berikutan insiden pencemaran bau ini melibatkan logi yang sama, maka pemulihan kawasan ini tiak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah diumumkan semalam,” katanya.

Bekalan air di 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan sejak tiga hari lalu.

Ia susulan kejadian paip pecah berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga hingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam.

Sebelum ini, pada 4 Oktober lalu pencemaran Sungai Semenyih menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan, disyaki berpunca dari Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi akibat insiden pencemaran di LRA itu.

Insiden 4 Oktober itu berlaku hanya selepas sebulan penduduk Lembah Kelang terputus bekalan air akibat pencemaran sumber air di Sungai Gong.

Kejadian awal September itu menyebabkan hampir 1.5 penduduk Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air kira-kira seminggu.

Malah pihak bertanggungjawab terhadap kedua-dua kejadian itu masih belum lagi dihukum kini penduduk Lembah Kelang sekali lagi berhadapan dengan masalah bekalan air akibat perbuatan pihak tidak bertanggunghawab.-SM

 

 

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button