Hiburan

Pelakon Gerak Khas dan pengarah, Majed Salleh meninggal dunia

Industri hiburan menerima perkhabaran duka apabila Pengarah dan Pelakon, Majed Salleh,65 telah menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit jantung, pagi tadi.

Berita pemergian itu dikongsi oleh adik iparnya iaitu seorang penyanyi, Shiha Zikir menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Penyayi Shiha Zikir, berkongsi pemergian abang iparnya

“Abang ipar Shiha, Abdul Majed Bin Mohd Saleh telah Kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong Bersama golongan beriman,’’ tulisnya.

Allahyarham yang merupakan pelakon drama Gerak Khas itu pernah menjalani pembedahan memasang perentak jantung di Hospital Serdang pada Jun lalu.

Majed Salleh

Pada Julai lalu Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas mengalami lemah jantung dan masalah lain yang telah mengganggu fungsi hati dan buah pinggang.

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button