Hiburanpilihan

Selebriti wanita positif dadah ditahan

SEORANG selebriti ditahan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri Sembilan berkaitan dengan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, suspek wanita tersebut berusia 34 tahun.

“Suspek dibawa ke IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan dan hasilnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek juga telah diberi jamin polis selepas selesai rakaman percakapan,” katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 912 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button