Nasional

Tiga wanita cedera, lif jatuh dari tingkat dua

TIGA wanita cedera di bahagian kaki manakala dua lagi lelaki selamat selepas lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat dua Wisma Elken, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Difahamkan, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.22 petang dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan Jalan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Armdan Mahat berkata, lima mangsa yang terperangkap di dalam lif berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 4.30 petang dan mangsa yang cedera dihantar ke Taman Desa Medical Centre untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, punca kejadian masih lagi dalam siasatan. -SM


(Visited 166 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button