Jenayah

Imigresen Thailand tahan Sajad 8 September lalu

POLIS Diraja Malaysia mengesahkan usahawan komestik yang menjadi pelarian berikutan ingin mengelak tindakan undang-undang di negara ini telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ditahan pada pukul 8.21 malam kerana memiliki pasport yang tidak sah.

“Pada 9 September suspek telah dihadapkan ke mahkamah Thailad atas kesalahan imigresn dan dikenakan hukuman denda,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek dikehendaki di Malaysia dalam kes dakwaan menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Dia disiasat bawah seksyen 186 dan seksyen seksyen 353 kanun keseksaan.-SM


(Visited 148 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button