Jenayah

Ikon pemotoran direman empat hari kerana mengugut mahu sebar video intim

SEORANG pemuda yang juga pempengaruh di media sosial ditahan polis kerana disyaki mengugut untuk menyebarkan video intim bekas kekasihnya, Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Sup Noor Ariffin Mohammad Nasir.
Beliau berkata, satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita berumur 21 tahun pada pukul 5.40 petang, 7 Disember lalu berkenaan dakwaan ugutan tersebut.

“Siasatan dijalankan mendapati pada 19 Oktober lalu kira-kira pukul 2.30 petang, suspek menghantar pesanan menerusi WhatsApp mengajak mangsa keluar pada jam 11 malam.

“Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan dan suspek kemudiannya mengugut mahu menyebarkan video mangsa bersamanya melakukan hubungan intim di media sosial,” katanya.

Menurut mangsa, bekas teman lelakinya itu pernah mengugut beliau sejak tahun 2020.

Susulan itu, katanya, suspek yang berusia 22 tahun ditahan Jumaat lalu dan di reman empat hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button