Hiburan

Ibu Edrie Hashim meninggal dunia

IBU gitaris, komposer dan penerbit album, Edrie Hashim, Sapiah Ujang meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita sedih ini dikongsi oleh Edrie menerusi hantaran di Instagramnya.

Menurut Edrie, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.15 pagi.

Terdahulu, kesihatan Allahyarham Sapiah tidak begitu baik dan dijaga oleh anak-anak dan cucu-cucu.

Allahyarham Sapiah meninggalkan tiga orang anak, Edrie, Ijal dan Zizie serta lima orang cucu.


Salam takziah buat Edrie Hashim sekeluarga. – SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button