Hiburan

Hutang: Farah Lee bakal ambil tindakan undang-undang

AKTIVIS sosial Farah Lee tampil dengan kenyataan menyangkal segala pertuduhan seorang individu berkaitan isu dia didakwa tidak melangsaikan hutang arwah bapanya.
Dalam hantara di Facebook, Farah mengakui ada menerima tuntutan oleh seorang individu di Platform X yang mendakwa allahyarham bapanya berhutang sebanyak RM130,000.
Tetapi kata Farah, tiada sebarang bukti bertulis yang berjaya dikemukakan oleh pihak berkenaan.
“Kami akui menerima tuntutan hutang daripada pihak berkait pada tahun 2017. Bagaimanapun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami mendapatkan bukti berkenaan tuntutan tersebut.
“Namun, sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan bertulis ataupun bukti serta tiada saksi yang diwakilkan melainkan hanya khabar angin semata-mata,” katanya di Facebook
Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.
“Saya sudah berbincang dengan peguam dan kami bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap semua individu atau pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah serta meminta pampasan untuk kerosakan reputasi dan imej serta gangguan yang diterima oleh saya sebagai figura awam.
“Saya di sini meminta semua pengguna Twitter, Facebook dan Instagram termasuk semua landasan media untuk memadam segala kenyataan bersifat fitnah yang dibuat, ditambah, disebarkan serta ditujukan kepada saya secara langsung dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam daripada kenyataan ini dibuat.
“Saya juga menuntut semua pihak terlibat untuk memohon maaf kepada saya secara terus dan terbuka. Kegagalan berbuat demikian, peguam saya tidak teragak-agak untuk memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah,” tambahnya.
Sebelum ini  seorang individu mendakwa Farah dan keluarganya gagal membayar hutang arwah bapa mereka yang dikatakan dibuat pada awal tahun 2000. – SM
(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button