Hiburan

Helikopter itu bukan milik kerajaan- Jovian

MENAIKI helikopter menyelamat diri ketika terkandas akibat banjir, pereka fesyen dan juga menantu Perdana Menteri, Datuk Jovian Mandagie menafikan menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Menerusi hantaran Jovian di Instragram miliknya, dia menegaskan bahawa dia tidak akan sama sekali menggunakan harta benda yang bukan miliknya dan menganggap isu tersebut tidak perlu dipanjangkan.

“Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan. Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu.

“Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Jovian turut memberitahu bahawa helikopter itu merupakan helikopter komersial dan tidak boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir.

Tambahnya, jika perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak, pihak tersebut boleh berhenti mengikutinya di media sosial.

“Kalau awak tak suka saya, jangan ikuti saja (di media sosial). Lebih baik bantu negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul terhadap saya.

“Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya,” katanya.

Jovian turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia hanya menghulurkan bantuan setelah isu tersebut menjadi tular di Twitter.-SM

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button