Auto TravelBerita Auto

Honda HR-V baharu tawarkan enjin petrol dan hibrid, pra-tempah kini dibuka

PEMINAT Honda atau Bangsa ‘H’ pasti tengah tertunggu-tunggu bilakah Honda HR-V generasi baharu akan dilancarkan di pasaran tempatan. Model ini telah dilancarkan di Thailand, Indonesia dan Filipina dengan tawaran beberapa enjin yang berbeza.

Seperti Thailand, negara itu mendapat HR-V yang menggunakan enjin hibrid bersesaran 1.5 liter sahaja, manakala 1.5 liter i-VTEC NA dan 1.5 liter VTEC turbochargerd bagi pasaran Indonesia serta Filipina.

Bagi pasaran Malaysia, Honda Malaysia baharu sahaja membuka pra-tempahan bagi model berkenaan. Pilihan enjin pula ditawarkan dengan petrol dan hibrid. Namun Honda Malaysia masih lagi merahsiakan spesifikasi dan varian enjin model tersebut. SUV kompak itu dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Bagi reka bentuknya pula, ia didatangkan rekaan jeriji hadapan baharu, manakala bahagian belakang mempamerkan gaya fastback.

Ciri luaran baharu HR-V RS serba baharu termasuk Isyarat Membelok Berurutan LED Hadapan dan Jalur Lampu Belakang LED menjadi elemen reka bentuk yang paling menonjol, menguatkan penampilan premium dan sporty bahagian luarannya.

Lampu utama hadapan, belakang dan kabus turut menggunakan teknologi LED, selain menggunakan rim aloi 18 inci bagi melengkapkan lagi pakej luaran keseluruhan model baharu itu.

Untuk pra-tempah HR-V baharu, anda boleh melayari ke Pra-Tempah Atas Talian Honda atau memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web Honda Malaysia. – SM

Baca artikel ini > Honda Malaysia lancarkan Civic serba baharu

(Visited 790 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button