Jenayah

Hasil bedah siasat adik Zayn Rayyan cuba pertahankan diri

Pihak polis tidak tolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistic, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6 tahun di bunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di sungai yang berdekatan kediaman keluarganya terletak di Apertment Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, hasil bedah siasat mendapati mangsa bergelut dengan pembunuhnya yang cuba pertahankan diri, melalui kecederaan leher mangsa  dipercayai dicekik.

Adik Zyn dipercayai dibunuh di tempat lain dan pembunuh meletakkan mayatnya di anak Sungai berhampiran kediaman keluarganya

‘’Apa yang pasti kematian mangsa bukan akibat lemas di lokasi kejadian tetapi dicekik selain luka lain yang dialaminya untuk mempertahan diri.

Tambahnya lagi, pihak polis percaya suspek tahu selok belok di Kawasan itu kerana anak sungai (lokasi mayat) ditemukan di Kawasan terpencil yang jarang dilalui oleh orang ramai.

“Kita boleh rumuskan dari usaha pencarian oleh IPD Petaling Jaya selama dua hari di tempat sama tetapi (mangsa) tidak ditemui namun ditemui pada hari kedua, lewat malam semalam.

“Dari situ kita boleh rumuskan mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ,” katanya. Shuhaily memaklumkan pihaknya masih lagi mengenal pasti identiti suspek.

kes itu baharu sahaja diklasifikasikan semula kepada 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan pihaknya memerlukan masa untuk jalankan siasatan.

Terdahulu mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai, 10 malam Rabu lalu. Sungai tersebut kira-kira 100 meter dari kawasan rumah mangsa di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Artikle Berkaitan :>

Polis sahkan kematian adik Zyn Rayyan dibunuh

(Visited 746 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button