Nasional

Hari ini pemimpin PH belajar kuasa raja-raja

SAYA pernah hadir pada satu majlis yang dihadiri tetamu diraja dan dirasmikan oleh timbalan menteri dari Pakatan Harapan (PH).

Selain itu terdapat juga wakil dari kedutaan asing.

Apa yang berlaku ketika berucap timbalan menteri ini tidak langsung memberi menyampaikan kata alu aluan kepada tetamu diraja.

Sebaliknya, tetapi terus memuji kehadiran wakil kedutaan asing.

Sedangkan wakil kedutaan asing itu terdahulu bersusah payah memberi ucapan aluan kehadiran tetamu diraja sehingga berbelit-belit lidahnya.

Tetamu di kiri dan kanan saya terus berbisik kepada saya “Biadap betul pemimpin PH”. Saya menganggukkan kepala sebagai bersetuju.

Saya yakin baginda tuanku yang hadir sedar akan sikap biadap pemimpin politik itu.

Namun sebagai seorang yang terdidik dengan adab dan sopan baginda tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Ketika beramah mesra dengan hadirin saya juga mengelakkan daripada membangkitkan perkara itu di hadapan tuanku baginda.

Saya hanya menyimpan rasa kesal dan terkilan di dalam hati dengan sikap pemimpin PH itu.

Semasa itu saya terfikir sombong betul pemimpin PH ini, baru saja menjadi timbalan menteri, lagaknya sangat tinggi.

Dia berucap seolah-olah berada di Amerika Syarikat dan hadirin semua bukannya orang Melayu.

Sepatutnya sebagai orang Melayu beliau perlu penuh dengan adab dan tatasusila serta sentiasa menghormati institusi diraja.

Orang Melayu yang menjadi penduduk majoriti negara ini jika berbicara dengan istana mempunyai bahasa yang berbeza daripada pertuturan biasa.

Ini jelas menunjukkan betapa tinggi kedudukan istana diletakkan di dalam hirarki masyarakat Melayu.

Hari ini pemimpin berkenaan pastinya sedar betapa pentingnya institusi raja yang menjadi benteng terakhir kedaulatan negara.

Apabila orang politik sudah hilang kewarasan kerana berebut kuasa, akhirnya istanalah yang menjadi penenang.

Hari ini Majis Raja-Raja akan bermesyuarat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung situasi semasa politik negara.

Oleh itu seluruh rakyat jelata perlu bersabar bagi mendengar apakah hasil daripada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat yang bakal berlangsung selepas solat jumaat itu akan menentukan masa depan negara dan pemimpin PH yang biadap itu.

Semoga menjadi pengajaran kepada para pemimpin lain menghormati keluhuran Perlembagaan dan kedaultan undang, kesopan dan kesusilan.

Daulat tuanku.

 

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button