Alam SekitarNasional

Rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan i-ESG dipuji

INISIATIF Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancar rangka kerja  Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG) mendapat pujian Ketua Perangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini berkata, inisiatif itu membolehkan sektor industri negara bergerak lebih terkehadapan dalam perspektif yang lebih sempurna bagi membolehkan negara berada pada kedudukan berdaya saing dalam kalangan pelabur.

“Ketika saya dan pasukan menerajui MITI, kami mengambil pendekatan membangunkan idea-idea progresif bagi menangani cabaran global sebagai usaha mengukuhkan usaha negara ke arah destinasi pelaburan Lestari,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmin berkata, Rangka Kerja ESG Kebangsaan untuk Industri telah dimulakan pada tahun 2021 yang mana beliau sendiri menyelia kerja di bahagian ini dan menugaskan pegawai MITI untuk memastikan rangka kerja dilaksanakan dalam Pembangunan Aspirasi Pelaburan Negara dan kemudiannya dilancarkan pada 2022.

“Ingin ditekankan di sini bahawa saya secara peribadi memimpin MITI menjayakan misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun dan Korea Selatan pada April 2021.

“Ketika itu, pelabur asing telah dimaklumkan buat kali pertama tentang hasrat kerajaan menarik pelaburan patuh ESG dalam sektor pembuatan,” ujar beliau.

Tambah beliau, sepanjang misi itu juga, beliau juga  telah menekankan bahawa strategi pelaburan Malaysia yang dikemas kini akan menyediakan momentum yang diperlukan bertujuan menarik pelaburan berteknologi tinggi dan mampan.

Usaha itu bertepatan dengan proses  meningkatkan inovasi, mencapai keseimbangan antara ekonomi dan kelestarian alam sekitar sekaligus mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, dalam pematuhan dengan penanda aras global dalam iklim, sosial dan tadbir urus (ESG), katanya.

“Selepas itu, Rangka Kerja telah dibincangkan secara meluas dengan industri berkepentingan. Hasil daripada perundingan ini, terdapat empat bidang utama yang dikenal pasti sebagai tunjang utama Rangka Kerja iaitu piawaian ESG, pembinaan kapasiti khususnya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menggabungkan amalan ESG dalam syarikat.

“Kerangka itu turut menyediakan, peruntukan insentif pembiayaan dan percukaian kepada syarikat untuk melaksanakan ESG dan pasaran mekanisme sokongan termasuk perdagangan kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon,” jelas beliau.

Azmin berkata, Inisiatif mewujudkan Rangka Kerja ESG Kebangsaan untuk Industri juga berfungsi sebagai pemangkin kepada inisiatif lain seperti Pasukan Petugas Bahan Api Penerbangan Lestari dalam MITI pada tahun 2022.

“Melangkah ke hadapan yangn lebih cemerlang, saya berharap MITI akan terus bersedia dalam menghadapi arus global yang semakin mencabar.

“Bukan sahaja dengan mempergiatkan program kerja sedia ada tetapi juga memulakan atas inisiatif baharu bertujuan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelaburan,” katanya.

Azmin berkata, dengan pelantikan Hairil Yahri  Yaacob baru-baru ini sebagai Ketua Setiausaha (KSU) MITI yang baharu, kebijaksanaan beliau membolehkan MITI mencatat prestasi membanggakan dan memacu kementerian pada skala yang lebih tinggi. – SM

BACA Pelantikan taikun balak sebagai tim. menteri alam sekitar di mana kewajarannya?

BACA Angkasa, UKM tanam kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pelajar sekolah

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button