Nasional

Covid-19: Rakyat Malaysia paling beruntung

RAKYAT Malaysia adalah yang paling beruntung ketika wabak Koronavirus (Covid-19) menjadi pandemik global walaupun keadaan ekonomi negara merudum teruk.

Berbanding negara yang kini cukup teruk dilanda, kita masih lagi diutamakan kerajaan khususnya dalam hal berkaitan penjagaan kesihatan.

Malah, kerajaan turut memperkenalkan pelbagai insentif termasuk suntikan khas kepada sektor ekonomi mikro dan micro.

Inisiatif tersebut dinikmati hampir semua lapisan masyarakat.

“Hanya di Malaysia atau Only In Malaysia sahaja perkara yang sedemikian boleh berlaku.

BACA > Simpan alat pemadam kebakaran untuk siap siaga – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

“Rakyat dan masyarakat di negara ini memang diutamakan oleh pihak kerajaan demi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.

“Senario yang sama mungkin tidak dapat dirasai oleh masyarakat di negara lain termasuklah Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada.

“Oleh demikian, masyarakat Malaysia patut berbangga dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat terhadap kebajikan dan keselamatan.”

Kata Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran seperti dipetik portal MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, selain inisatif yang dilakukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat dilihat memberi kerjasama penuh dalam membendung wabak Covid-19.

“Sokongan padu seluruh masyarakat amat penting kerana ia akan membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi kemajuan negara untuk masa hadapan.

“Selain daripada itu tanda terima kasih masyarakat kepada kerajaan juga boleh dizahirkan melalui pematuhan kepada peraturan dan perancangan yang diperkenalkan.

BACA > Covid-19: Halangan kerjakan haji tepati Maqasid Syariah — Suara Merdeka

“Dengan adanya sokongan dan kerjasama erat seperti ini pastinya mampu mewujudkan kerajaan yang stabil dan terus memimpin untuk kecemerlangan yang berterusan,” jelasnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi suntikan itu, rakyat menerima bantuan sehingga RM1,600 bagi setiap isi rumah sebagai keperluan asas untuk menghadapi kesan pandemik terhadap ekonomi.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan moratorium yang dapat dinikmati oleh peminjam bank selama enam bulan tanpa bayaran bulanan.

Selain itu, beberapa inisiatif termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Pelan Jana Ekonomi Semula Negara (Penjana) yang diumumkan pada 5 Jun lalu.

Baru-baru ini kerjaaan turut mengumumkan insentif khas bagi pembayaran bil elektrik melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).

BACA > DAP perlu jemput Dr. Mahathir sertai parti — Suara Merdeka

Insentif itu memberikan bil percuma kepada rakyat bagi tempoh tiga bulan (April, Mei dan Jun) pada kategori tertentu. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button