Nasional

Perjawatan awam dikurangkan sebanyak 5% – Hanipa

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus secara berfrasa sehingga 2021.

Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, kerajaan berpandangan jumlah perjawatan boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan dan punca pendapatan pegawai yang terlibat.

“Jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku ketiga 2019 adalah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Daripada jumlah keseluruhan perjawatan sebanyak 1.7 juta tersebut, 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan BN Senator Ibrahim Shah Abu Shah minggu lalu.

Jelasnya, 38 peratus lagi dari lain-lain sektor seperti pentadbiran, perkhidmatan sosial, kejuruteraan, kewangan dan ekonomi, sains, pengangkutan, bakat dan seni, kemahiran, perundangan/ kehakiman dan sebagainya.

Hanifa berkata, pengurangan itu akan mengurangkan pekerjaan daripada 1.7 juta kepada 1.61 juta perjawatan.

Dalam erti kata lain, kerajaan tidak mengurangkan jumlah kakitangan, yang kini berjumlah 1.57 juta kakitangan.-SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button