Uncategorized

Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai ahli FIFA 2023 – 2027

Datuk Hamidin Mohd Amin yang sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah dilantik sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Keputusan itu dibuat pada Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 di Manama, Bahrain malam ini dan Hamidin satu-satunya wakil Malaysia yang dipilih wakil Asia di badan induk bola sepak dunia itu.

Terdahulu, Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM ketujuh sejak 1951 dan  beliau turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu pertama dari kalangan orang biasa bergelar Presiden.

Hal ini demikian kerana kesemua Presiden terdahulu, keenam-enam Presiden sebelum Hamidin semuanya merupakan Perdana Menteri, Menteri Kabinet serta Kerabat Diraja. – SM

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button