fbpx
Hiburan

Hairie kini hidup tenang dengan kerja dakwah

“Macam-macam sudah saya lakukan.

“Saya pernah jadi hantu, pernah jadi askar tembak orang tak mati,” kata selebriti Hairie Othman, yang terkenal dengan watak Leftenan Adnan, sebuah filem popular tanahair.

Hairie yang juga pernah memegang watak Hantu Waris dalam drama ‘Kekasih Ku Seru’, menceritakan pengalaman hijrahnya. Katanya, walaupun tidak lagi hidup dalam dunia glamor, tiada jemputan berlakon, dan pendapatan berkurangan, namun hatinya kini tenang dan bahagia.

“Dulu saya hidup mewah, pendapatan banyak tapi tetap ada rasa kurang dan tak tenang.


“Tapi sekarang walaupun pendapatan kecil tapi saya rasa keberkatannya, walaupun sikit tapi cukup dan hati tenang dan bahagia,” jelasnya.

Beliau berkata, banyak masanya kini diluangkan dengan aktiviti dakwah dan program keagamaan selain memberi tumpuan kepada keluarga.

Mengimbas faktor penghijrahannya, menurutnya, ia bermula apabila dia tergerak hati untuk mengikuti jemaah Tabligh selama tiga hari untuk beriktikaf di masjid. Namun penyertaannya itu cukup memberi kesan sehingga tercetus perasaan untuk berubah kepada yang lebih baik, lebih-lebih lagi usia juga kian meningkat, katanya.

“Ini adalah kurniaan Allah SWT yang melorongkan hati saya untuk bersama jemaah kerana hanya Allah yang boleh memberi hidayat,” katanya.

Justeru, beliau menyeru anggota masyarakat untuk sama-sama melibatkan diri dengan kerja-kerja dakwah kerana dengan perantaraan kerja itu, ia akan mengubah diri seseorang itu sendiri.

Oleh Mohamad Naufal

Show More

Related Articles

Back to top button