Hiburan

Beli Dybbuk Box Di eBay Dapat ‘Pakej Hantu’, Princemeed diganggu?

YouTuber yang terkenal dengan video-video belian barangan aneh dan pelik di internet dengan akaun YouTube bernama ‘PrinceMeed LIVE!’ dikatakan diganggu entiti mistik berasal dari kotak berhantu yang dibelinya.

Kotak berhantu, Dybbuk Box yang dibelinya di eBay pada tahun 2019 berisi dengan benda pelik seperti telur berwarna hitam yang didalamnya terdapat rambut dan kotak kecil yang usang.

Sumber : Youtube Princemeed

Menurut Princemeed, sejak dia membeli kotak misteri tersebut pada bulan September 2019, dia mula diganggu dan beberapa ahli keluarganya jatuh sakit secara tiba-tiba.

Sumber : Youtube Princemeed

Dalam videonya, dia menceritakan pengalamannya diganggu seperti bunyi-bunyi yang aneh dan patung-patungnya yang disusun di atas almari jatuh secara tiba-tiba.

Ekoran kejadian tersebut, Princemeed bertindak membuang kotak berhantu berkenaan di sebuah kawasan hutan di Karak untuk mengelakkan dirinya dari diganggu oleh entiti misteri itu lagi.

Sumber : Youtube Prince

Namun, setelah setahun berlalu, Princemeed masih lagi diganggu dengan entiti mistik tersebut walaupun kotak itu telah dibuang.

Dia yang tidak tahan diganggu mula mencari bantuan daripada beberapa ustaz untuk mengusir entiti tersebut.

Pada 13 Disember 2020, Princemeed memuat naik video dia meminta pertolongan daripada seorang ustaz, Ustaz Shafie, bagi mengesan keberadaan entiti mistik di rumahnya.

Sumber : Youtube Princemeed

Menerusi klip video berkenaan, setelah Ustaz Shafie memandang ke arah satu sudut rumah tersebut, dia memberi reaksi muka dan menitiskan air mata seolah-olah dia mengesan ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumah itu.

Sangat misteri!

Sudut yang dilihat Ustaz Shafie. Sumber : Youtube Princemeed
Menurut Princemeed, Ustaz Shafie menitiskan air mata ketika melihat sudut berkenaan. Sumber : Youtube Princemeed

Terbaru, seorang ustaz dari Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Shafiq, berkunjung ke rumah Princemeed bagi menjalankan prosedur mengusir entiti yang menghantui hidup Princemeed secara perubatan islam.

Dalam video rakaman di Facebook Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Shafiq meminta bantuan salah seorang anak muridnya, Abu, sebagai perantara untuk berhubung dengan jin yang mengganggu Princemeed.

Sumber Facebook Pusat Rawatan Al-Idrus

Ustaz Shafiq menyatakan memang benar bahawa entiti daripada kotak berhantu, Dybbuk Box, yang mengganggu Princemeed!

Setelah beberapa jam berlalu, berakhirlah episod perubatan secara Islam tersebut dan rumah Princemeed di’cuci’ bagi mengelakkan perkara itu berulang.

 

(Visited 6,311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button