Hiburan

Dramatis Fazlina Ahmad Daud positif Covid-19

DRAMATIS Fazlina Datuk Ahmad Daud memaklumkan, beliau positif Covid-19, hari ini. Kesahihan itu dibuat berdasarkan ujian nasal dan air liur yang dibuat secara kendiri.

Menurut hantaran di Facebook beliau meminta sesiapa sahaja yang bertemu dengannya sejak Jumaat lepas, membuat ujian Covid-19.

“Pada yang ada jumpa Faz sejak Jumaat, tolong buat test ya,” katanya.

Semalam, Sabtu, Fazlina memaklumkan, beliau mengalami sedikit demam dan ujian menunjukkan negatif.

Bagaimanapun, pagi tadi, Fazlina mengakui tidak puas hati dengan ujian Covid-19 yang dilakukannya.


Dua kali beliau membuat ujian ternyata, kata Fazlina, ‘ramalannya’ benar iaitu positif Covid-19.

Fazlina turut meminta maaf kepada rakan-rakan kerja (produksi) atau sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat dengannya sejak Jumaat, 5 Mac lalu.

“Maaf pada rakan-rakan kerja atau sesiapa saja yan ada close contact dengan Faz sejak Jumaat, 5 Mac.

“Doakan Faz dan family kuat semangat dengan ujian ini. Amin. Take care, stay safe dan jaga SOP,” kata Fazlina. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button