Hiburan

Beli cincin, Chris Martin sedia berkahwin dengan Dakota Johnson

Vokalis kepada kumpulan rock terkenal Coldplay dikhabarkan sudah membeli cincin dan bersedia untuk melamar pelakon, Dakota Johnson.

Chris Martin, 43, dan bintang drama Fifty Shades of Grey itu dikhabarkan sudah mempunyai hubungan sejak tahun 2018.

Pasangan itu juga dikatakan muka menjalikan hubungan yang sangat rapat ketika mereka tersekat bersama dek kerana Covid-19 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Malah, bekas isteri kepada Martin, Gywneth paltrow juga difahamkan sangat menyokong hubungan mereka berdua.

“Martin dan Johnson telah melalui fasa pasang surut dalam perhubungan dan Johnson juga sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada Martin.

BACA> Janganlah kaitkan semua wanita bercinta dengan saya

“Martis telah membelikannya sebentuk cincin sebagai simbolik kepada komitmen hubungan mereka dan pengumuman pertunangan juga akan dikatakan bakal menyusul,” jelasnya seperti dilaporkan Daily Mail.

Johnson dan Martin yang mula berhubungan sejak 2017 dikatakan telah putus pada 2018 kerana ketiadaan persefahaman berkaitan dengan penjagaan dua anak Martin.

Namun pada Julai tahun lalu, pasangan ini dilihat kembali menjalinkan hubungan semula sehingga kini.

Difahamkan juga, bekas isteri kepada Martin juga memberikan sokongan yang tinggi terhadap hubungan mereka berdua.

BACA> Shaheizy Sam tak percaya penimbang berat badan

“Paltrow sangat gembira dan dia mengharapkan yang terbaik buat Martin,” kata sumber terdekat Paltrow.

Martin dan Paltrow berkahwin sejak 2003 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2016.

Pelakon wanita itu yang ini berkahwin dengan Brad Falchuk masih mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya.

Malah, mereka juga sering dilihat keluar berempat untuk makan bersama. -SM

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button