Politik

Hadi mahu teguhkan MN dengan PN

PAS akan mengambil langkah untuk memperteguhkan kerjasama antara Muafakat Nasional dengan Perikatan Nasioanl.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan meminta agar satu majlis sambutan ulangtahun pertama termeterinya Piagam Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO.

“Kita nak teguhkan MN dengan PN. Insya-Allah kita akan minta supaya diatur ulangtahun smabutan Piagam MN,” kata Abdul Hadi ringkas ketika ketika ditemui pemberita selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Pas akan berjumpa dengan UMNO bagi berbicang mengenai sambutan ulangtahun tersebut.

Piagam Muafakat Nasional dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September tahun lalu. Selepas itu Pas menjalinkan kerjasama dengan Bersatu di dalam Perikatan Nasional.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerjasama politik dalam Gabungan Rakyat Sabah tidak menguntungkan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, daripada sebuah parti menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO kini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sehubungan itu, beliau berpandangan apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO untuk memikirkan semula pendekatan politiknya.

“Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan, UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan parti itu dalam jangka waktu panjang.

“Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatannya secara signifikan.

“Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan calon Bebas ditaja pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio Kabinet pun hampir dimungkiri,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi mengarahkan supaya semua program parti yang melibatkan orang ramai ditangguhkan berikutan penularan semula wabak Covid-19.

Abdul Hadi berkata peningkatan mendadak kes beberapa hari kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan semua pihak dan penangguhan semua program perlu dilaksanakan sehinggalah mendapat maklumat perkembangan semasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kedua, program yang masih perlu diadakan pula perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan KKM,” katanya.-SM

 

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button