Nasional

Habib Jemli ditugaskan bentuk kerajaan baharu Tunisia

PRESIDEN Tunisia, Kais Saied pada Jumaat memberikan kebenaran kepada Habib Jemli untuk membentuk kerajaan baharu.

Jemli merupakan calon parti Islam Tunisia, Ennahdha, yang memenangi pilihan raya parlimen pada 6 Oktober lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Berdasarkan perlembagaan negara, Perdana Menteri perlu membentuk kerajaan dalam tempoh sebulan bermula Jumaat.

Jemli seorang ahli agronomi, dilahirkan pada 28 Mac 1959 di Kairouan, sebuah wilayah di pusat Tunisia, telah berkahwin dan memiliki empat cahaya mata.

Antara tahun 2011 dan 2014, Jemli memegang portfolio Setiausaha Negara untuk Pertanian di bawah tiket Bebas ketika pentadbiran kerajaan Hamadi Jebali dan Ali Larayedh, dari parti Ennahdha.

Ennahdha (Renaissance) memenangi pilihan raya parlimen Tunisia dengan memperoleh 52 daripada 217 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen), diikuti Parti Heart of Tunisia dengan 38 kerusi. — BERNAMA

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button