Nasional

Amaran: Jangan bermegah, rasa diri hero langgar PKP

Menteri Kanan (Pertahanan) beri amaran

MENTERI Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakbo memberi amaran, mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terlepas daripada ditahan polis agar jangan bermegah-megah.

Ini kerana, kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 342 itu akan tetap dihukum.

Beliau berkata demikian ekoran tularnya kisah sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur dari kampung tanpa ditahan polis.

Kemegahan dan kebanggaan itu tidak cukup hanya dipaparkan dalam satu rakaman video dan menjadi tular bahkan diberikan pula tips macam mana nak tipu polis.

“Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain untuk melakukan kesalahan dan mengikut tindak tanduk mereka.

“Polis mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hariannya, sebentar tadi.

Beliau menegaskan, tiada sesiapa yang akan terlepas lebih-lebih lagi mereka yang mengakui engkar arahan PKP.

“Tolong jangan berbangga melakukan kesalahan dan anggap diri hero. Polis akan ambil tindakan yang akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Semenara itu, Ismail Sabri sekali lagi memberi pencerahan berhubung kebenaran yang diberikan kepada e-hailing.

Katanya, sehingga ke hari ini, tidak dibenarkan bazar Ramada untuk beroperasi termasuk, gerai-gerai.

“Tentang perkhidmatan e-hailing, lebih 40 syarikat menyediakan e-hailing ketika ini.

“Lebih 40 syarikat itu dibenarkan terus beroperasi, tidak termasuk penghantar makanan di restoran-restoran fast food atau makanan segera.

“Semua yang melibatkan riders daripada syarikat manapun, dibenarkan beroperasi menghantar makanan dan sebagainya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, kata Ismail Sabri lagi, lebih 40 syarikat besar ini tiada di bandar-bandar kecil.

bazar ramadan

“Mungkin mereka ada syarikat sendiri atau individu diupah untuk hantar makanan.

“Mereka termasuk dalam keputusan, untuk menghantar makanan walaupun dari syarikat kecil, bandar kecil atau individu, kita dibenarkan beroperasi.

“Cuma diminta mereka ini berdaftar dengan PBT supaya dapat mengesan mereka,” katanya.

Beliau menambah, demi menjaga keselamatan penghantar makanan, mereka ini mesti menjalani saringan kesihatan.

Saringan kesihatan itu, ujarnya, boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta di daerah masing masing.

“Kita mahu menjaga kesihatan mereka kerana mereka yang hantar direct makanan kepada pelanggan dan bersemuka.

“Jadi, jaga kepentingan  dan kesihatan. Kita minta semua mereka ini disaring kesihatan,” tegas Ismail Sabri sambil menambah, Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan arahan kepada lebih 40 syarikat yang mengendalikan operasi e-hailing agar pekerja yang terbabit, menjalani saringan kesihatan. – SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button