Nasional

Guru SMK Taman Sea PJ disahkan positif Covid-19

SEORANG guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor telah disahkan positif Covid-19, kata Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail.

Beliau mengesahkan, guru berkenaan merupakan kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19 di Kelantan.

Menurut Izmi, guru berkenaan didapati positif wabak itu selepas menjalani ujian saringan buat kali ketiga pada 5 Oktober lalu.

“Guru berkenaan telah menjalani kuarantin kendiri sejak 30 September lalu namun untuk saringan pertama dan kedua, keputusannya adalah negatif.

“Dalam tempoh menunggu keputusan, guru berkenaan telah menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah,” katanya seperti dilaporkan oleh SINAR HARIAN.

Sehubungan itu, kata Izmi, difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C, 2K, 2B dan 2J dan juga beberapa orang guru untuk menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian swab.

“Buat masa ini, hanya kelas sahaja yang ditutup dan disanitasi.

“Kita sentiasa mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan berhubung langkah selanjutnya selepas ini,” katanya. – SM

(Visited 658 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button