Nasional

Jangan tukar SOP ditetapkan kerajaan – Ismail Sabri

PENGENDALI perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menamatkan penjarakan sosial dalam tren dan stesen.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat tersebut perlu memohon kebenaran untuk keputusan tersebut.

“Jangan mengubah peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Mereka perlu memohon dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kelulusan, bukannya tiba-tiba umum untuk tidak buat penjarakan sosial,” katanya dalam sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Menurut Ismail Sabri lagi, kerajaan sedia maklum masalah kekurangan penumpang ekoran penjarakan sosial dan perkara itu melibatkan perkhidmatan pengangkutan lain juga.

Pagi tadi, perkhidmatan rel Rapid KL mengumumkan akan beroperasi secara normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok.

Ia temasuk mengakhiri peraturan berhubung penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen. – SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button