Politik
Trending

GRS menang: Bung Moktar ucap terima kasih

KEMENANGAN (tidak rasmi) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi parti komponennya Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah dilihat manis.

Justeru, kemenangan tersebut dihargai pucuk pimpinan BN di peringkat negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mengucapkan terima kasih kepada semua.

“Saya dimaklumkan GRS telah mendapat majoriti mudah dan boleh membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

“Terima kasih kepada akar umbi UMNO dan rakan-rakan lain dalam GRS yang bekerja bersama-sama ke arah kemenangan ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam usaha kepada kemenangan ini.”

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Sabah yang mengundi parti daripada GRS dalam PRN ini.”

Demikian kata Pengerusi Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sidang akhbar di pusat gerakannya hari ini.

Bung Moktar yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag memenangi kerusi itu dengan menewaskan empat pesaing yang lain.

Bung bertanding dalam lima penjuru menentang Mohd. Ismail Ayob dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Razman Mayah (Parti Cinta Sabah (PCS)).

Beliau turut menentang calon dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Sairin Abd. Rahman dan Junny @ Karuak Abdullah (Bebas).

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu berjanji akan memastikan kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti mebawa Sabah ke landasan tepat.

“Justeru, saya akan memastikan kerajaan negeri yang baharu ini akan terus bekerja keras untuk membela rakyat Sabah.

“Saya yakin kerajaan baharu akan membawa hala tuju dan arah mana untuk membela rakyat dan memajukan negeri ini,” ujarnya.

Siang tadi, kurang 60 peratus daripada 1.12 rakyat Sabah keluar mengundi dalam PRN negeri itu sebelum peti undi ditutup pada pukul 5 petang. – SM

 

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button