Politik

Bersederhana dalam sambutan perayaan Pongal

HARI ini merupakan perayaan Pongal bagi masyarakat penganut Hindu, namun sambutannya perlu diadakan secara bersederhana.

Ini kerana, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Koronavirus (Covid-19) perlu dipatuhi supaya tidak merisikokan diri daripada dijangkiti.

Bagaimanapun, perayaan tetap disambut dan ia melambangkan Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya berdasarkan latar belakang kaum berbeza.

Justeru, dalam kesederhanaan ini, rakyat Malaysia diajak memberikan ucapan kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan Pongal.

“Masyarakat Tamil hari ini meraikan bulan baharu Tai atau perayaan Pongal yang akan diraikan selama 4 hari berturut-turut.

Penganut Hindu meraikan perayaan ini sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.

“Selainnya, hari besar penganut Hindu ini juga menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan dan mencipta anjakan baru.

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai ras dan budaya.

“Justeru perayaan ini bukan asing di sini, dan saya gesa kita semua untuk ambil kesempatan ini untuk beri ucapan yang indah kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu sebagai tanda ingatan dan kasih.”

Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan ucapan kepada masyarakat Hindu dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian meluahkan rasa simpati kepada penganut Hindu yang terpasa meraikannya dalam keadaan yang terhad.

“Simpati saya juga buat penganut-penganut Hindu yang menyambut hari besar mereka dalam keadaan yang terhad dan susah tatkala kita masih dibebankan dengan ancaman marabahaya.

“Semoga tahun ini memberi kesejahteraan, kesihatan yang baik serta rezeki yang bertambah untuk semua. Selamat Hari Pongal kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia,” ucapnya. – SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button