PolitikPRK

Gula-gula pilihan raya sudah tiba di Kimanis

RAMAI yang gembira bila pilihan raya kecil Kimanis di Sabah digambarkan sebagai pilihan raya terbersih dan damai.

Namun hakikatnya tidak sedemikian, hari ini sebaik sahaja penamaan calon selesai kegiatan membeli undi mula berjalan.

Beberapa keping gambar tersebar di media sosial yang dikatakan hadiah diberikan kepada para pengundi, walaupun tidak dapat dipastikan dilakukan oleh jentera parti Warisan atau Barisan Nasional.

Antara yang terlihat ialah motosikal, hamper dan kipas angin dikatakan dimuatkan ke atas lori untuk diedarkan kepada pengundi di Membakut.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah mengumumkan gula-gula terbaharu untuk rakyat Sabah, khususnya di Kimanis iaitu pembinaan lapan lagi balai bomba baharu.

ZURAIDA KAMARUDDIN
ZURAIDA KAMARUDDIN

Beliau berkata balai bomba baharu berkenaan akan dibina di Putatan, Kudat, Merotai, Nabawan, Lahad Datu, Semporna dan Beaufort.

“Selain itu dua balai bomba di Sabah akan dinaik taraf iaitu balai bomba Kota Belud dan Semporna. Oleh itu kami berharap pembinaan balai bomba baharu ini akan meningkatkan lagi keberkesanan dan mutu bomba Sabah dalam menangani kecemasan khususnya kebakaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai dan Kuarters Bomba Kimanis, hari ini.

Kita tunggu apa lagi pengumuman yang akan dibuat dengan harapan pengundi bijak membuat pilihan dan tidak mudah digula-gulakan dan pada masa yang sama apa juga faedah yang disalurkan diterima sebagai rahmat yang tiba apabila musim pilihan raya.

Penduduk di Kimanis tidak ada masalah rasanya kerana mereka telah biasa hidup aman damai walaupun berbeza fahaman politik. Cuma dikhuatiri pengaruh buruk yang dibawa oleh jentera parti dari luar.

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button