Politik

Ahli Parlimen UMNO mengaku terperangkap dalam permainan politik Tun M

AHLI Parlimen Gerik mengakui mereka telah terperangkap dalam percaturan politik Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Azmin Ali tempoh hari.

“Saya tidak pernah sesekali terfikir untuk lompat parti…. Kebetulan beberapa Ahli Parlimen BN nak hantar permohonan jadi Azmin ajak semua sekali ke rumah… apa masalahnya, ini adat orang Melayu,” ujar Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman.

Jelas beliau, kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Ahli Parlimen yang berjumpa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali telah hilang parti hanyalah satu tanggapan peribadi.

“Apa yang Tun sebut itu mungkin tanggapan dia nak menutup kekalahan yang agak meruncing di PRK Tanjung Piai.

“Saya pun masih ingat Azmin cakap kepada kami, jangan sesekali lompat parti. Kalau dia nak menafikan tanyalah dia… siapa cakap betul siapa cakap salah.

“Inilah politik… mungkin Tun ada perkiraannya… dia cakap A tapi maksud yang tersirat B tapi kami tidak pernah terfikir pun nak melompat parti daripada awal hingga kini… tidak pernah terfikir,” tegas beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Hasbullah, sejak dulu Tun memang terkenal dengan kepakaranya dalam membuat percaturan maka isu pertemuan ini juga tidak terlepas daripada percaturan tertentu yang mungkin telah dirancang oleh Tun.

Selain itu beliau turut membidas media yang memperbesarkan hal ini termasuklah membuat spekulasi kononnya ada perancangan tertentu sedangkan keadaan sebenar tidak sebegitu.

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button