Nasional

Graduan ILKKM boleh kerja swasta jika tiada tawaran kerajaan selepas 12 bulan

IPOH, 21 Okt — Graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang tidak menerima sebarang tawaran kerja daripada kerajaan dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian boleh berkhidmat dengan pihak swasta. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata bagaimanapun berdasarkan peraturan sedia ada, seseorang graduan perlu kembali berkhidmat dengan kerajaan jika menerima tawaran kerja. “Kalau dalam masa 12 bulan mereka (graduan) tidak menerima tawaran kerja termasuk secara kontrak, maka mereka dibebaskan daripada peraturan itu (untuk berkhidmat dengan kerajaan). “Sebelum 12 bulan pun, mereka dah boleh mohon tempat lain, tapi jika mereka bekerja dan dapat tawaran daripada kerajaan maka mereka kena berkhidmat dengan kerajaan untuk tempoh empat tahun,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Konvokesyen 2019 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini hari ini. Mengenai lantikan secara kontrak graduan ILKKM, Dr Lee berkata graduan lepasan tahun 2017 telah berjaya ditawarkan pekerjaan. “Untuk lepasan tahun 2018 dan 2019, kita akan cuba serap secara kontrak pada tahun depan. Ini bukan sahaja untuk pembantu perubatan, tetapi juga termasuk jururawat dan pembantu farmasi,” katanya. — BERNAMA
(Visited 729 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button