Nasional

Ingkar arahan PKP: 65 individu ditahan

POLIS telah menahan 65 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dan daripada jumlah itu, 63 individu telah dikompaun manakala dua direman.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara kesalahan ingar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi tanpa kebenaran, penjarakan fizikal, keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD, gagal menyediakan peralatan atau merekodkan butiran pelanggan, masuk kawasan PKPD tanpa alasan munasabah dan gagal membayar caj kuarantin.

“Sebanyak 52,294 pemeriksaan telah dilakukan oleh pasukan polis semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPD).

“Sebanyak 2,950 pasukan pematuhan yang melibatkan 12,201 anggota telah terlibat dalam melakukan kerja-kerja pemantauan di 3,380 pasar raya, 4,200 restoren serta 1,236 penjaja.

“Pemantauan turut dibuat ke atas 992 premis kilang, 3,436 premis perbankan dan 670 pejabat kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri juga berkata, sejak 24 Julai lalu sehingga 22 September, seramai 32,963 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Beliau berkata, mereka telah ditempatkan di 67 hotel dan lapan premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,240 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 71 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 24,652 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang. Mereka ini telah pulang dari 33 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Laos, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand & Amerika Syarikat,” katanya. – SM

 

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button