NasionalNegeri

Bersedia papan iklan diletak tulisan jawi – Menteri Besar Perlis

KERAJAAN Perlis menasihatkan supaya semua pemilik premis bersiap sedia untuk menurut arahan bahawa setiap papan iklan yang baharu perlu diletakkan dengan tulisan jawi.

Dalam arahan ini, tulisan jawi ini perlu diletakkan pada bahagian atas sekali, diikuti bahasa rumi dan kemudiannya bahasa ibunda masing-masing.

Mohd Shukri menyerahkan pada wakil sekolah bagi Penyerahan Kerusi Batu Bersama Menteri Besar dan Ahli MPK di Dewan Residensi, Kangar hari ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, bagi yang bercadang menukar papan iklan baharu dinasihatkan supaya patuh kepada arahan ini.

Katanya, sebaiknya mana papan iklan yang lusuh elok tukar sekaligus terus dapat mematuhi arahan ini.

Bagaimanapun Mohd Shukri berkata, pihaknya masih belum memutuskan sama ada peraturan ini akan diwajibkan mulai tahun depan.

Jelasnya, bagi penggunaan tulisan jawi ini nanti juga perlu mengikut ejaan yang tepat dan tidak mengelirukan.

“Pengiklan perlu memastikan ejaan tulisan jawi selaras dengan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” katanya pada media selepas majlis Penyerahan Kerusi Batu kepada pihak pengurusan sekolah, surau dan rumah ibadat Parlimen Kangar Bersama Menteri Besar dan Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di Dewan Residensi, Kangar hari ini.

Hadir sama Yang DiPertua MPK, Norazlan Yahaya dan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datin Marzita Mansor.

Pada majlis berkenaan, sembilan Ahli Majlis MPK Kangar memperuntukkan sebanyak RM4,000 setiap seorang untuk penyerahan kerusi batu ini.

Sebanyak 61 penerima hadir bagi menerima kerusi batu bagi pihak masing-masing. – SM

BACA Menteri Besar Perlis buat lawatan ke Kuching sempena Tahun Melawat Perlis 2024

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button