Nasionalpilihan

Isu bayar RM80 untuk masuk ambil vaksin tidak benar – SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat Pusat Pemberian Vaksin yang mengenakan wang rasuah sebanyak RM80 bagi mendapatkan vaksin.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghantar pasukan pegawai risik bagi memantau tohmahan terbabit.

“Hasil risikan mendapati, kejadian yang berlaku adalah di PPV Pusat Konvensyen Midlands dan bukannya di PPV SACC, Shah Alam sepertimana dikatakan dalam video tersebut.

“PPV Midlands dijadikan Pusat Program Vaksin Pekerja Industri (PPVIN) iaitu sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas),” katanya.

Menurut kenyataan itu, walau bagaimanapun, terdapat masalah pada sistem di mana temu janji untuk individu juga terselit di PPV Midlands ini.

Jelasnya, dikatakan punca kesesakan adalah daripada tindakan pekerja asing hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin.

“Tohmahan yang mengatakan bayaran rasuah RM80 perlu dibayar kepada penjaga pintu untuk dapat masuk adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan terus apa-apa maklumat berhubung rasuah dengan menghubungi mana-mana pejabat SPRM dan bukannya menghebahkan di media sosial,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan video yang mendakwa segerombolan individu warga asing telah beratur panjang dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehingga menyebabkan kesesakan di PPV Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button