Bencana alamLuar Negara

Gempa bumi bermagnitud 7.3 landa Indonesia dengan amaran Tsunami

GEMPA bumi berkekuatan 7.3 magnitud melanda timur Indonesia mencetuskan amaran Tsunami, kata Kajian Geologi AS, tetapi tiada maklumat segera mengenai sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan.

Seorang penduduk, Agustinus Florianus yang tinggal di bandar Maumere di pulau Flores mengatakan semua penduduk berlari bertempiaran meninggalkan kediaman dan keluar ke jalan.

Amaran Tsunami dikeluarkan untuk kawasan Maluku, Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat dan Tenggara dan Sulawesi Selatan, selepas gempa melanda 112km (69.59 batu) barat laut Larantuka, di bahagian timur Flores, pada kedalaman 12km.

Gegaran susulan 5.6 magnitud melanda Larantuka selepas gempa pertama.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana Flores Timur di Larantuka, Alfons Hada Betan berkata, tiada laporan segera mengenai kerosakan dan gempa itu dirasai selama beberapa minit ketika orang ramai melarikan diri dari rumah mereka.

Orang ramai berkata di media sosial, gempa bumi turut dirasai kuat di Makassar, Sulawesi Selatan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpengkalan di AS berkata berdasarkan parameter awal gempa bumi, gelombang Tsunami berbahaya mungkin berlaku untuk pantai yang terletak dalam jarak 1,000km (621.37 batu) dari pusat gempa.

Indonesia merentasi ‘Lingkar Api Pasifik’ iaitu kawasan dengan aktiviti seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dan ratusan cedera apabila gunung berapi Semeru meletus di pulau Jawa pada 4 Disember lalu. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button