Luar Negarapilihan

Pesawat tidak dibenarkan terbang di atas rumah Lionel Messi

Dalam dunia penerbangan, terdapat istilah zon larangan terbang yang menjulang penegasan tiada mana-mana pesawat dibenarkan membuat lintasan di atas sesebuah kawasan itu.

Misalnya di Mekah, mana-mana pesawat tidak dibenarkan melintasi kawasan kaabah kerana ia termasuk zon larangan terbang dan perkara ini sudah pun diketahui umum.

Namun demikian tidak ramai yang mengetahui selain kawasan kaabah, rumah bintang boleh sepak Argentina, Lionel Messi juga merupakan zon larangan terbang.

Punca pesawat tidak boleh terbang di atas rumah Lionel Messi

Hal ini demikian kerana rumah Lionel Messi yang berlokasi di Gava, sebuah bandar kecil di pinggir Barcelona perlu patuh terhadap peraturan alam sekitar.

Memetik laporan The Standard, Gava bukan sahaja merupakan bandar kecil di pinggir Barcelona malah tidak begitu jauh dengan Lapangan Terbang El Prat.

“Rumah Lionel Messi terletak kira-kira 10 km dari Lapangan Terbang El Prat, iaitu lapangan terbang utama di Barcelona.

“Namun disebabkan Barcelona perlu akur kepada peraturan alam sekitar, lapangan terbang di situ bukan sahaja tidak boleh dikembangkan malah pesawat juga dilarang melintasi Gava,” kata The Standard.

Pesawat dilarang terbang di atas kawasan elit

Selain kaabah dan rumah Lionel Messi, kawasan kediaman Perdana Menteri Britain turut memegang larangan yang sama dengan alasan melindungi elit politik negara.

Ekoran daripada itu, larangan serupa turut dikenakan ke atas

  • Bangunan parlimen
  • Kediaman permaisuri di Istana Buckingham serta Istana Windsor
  • Rumah Presiden AS pertama, George Washington

Namun bagi rumah Presiden AS pertama itu, pesawat dilarang terbang di bawah 1,500 kaki di atas rumah kayu George Washington yang terletak di kawasan Gunung Vernoon.

Larangan itu dibuat bagi melindungi rumah yang diasaskan sekitar 1758 – 1778 termasuklah aktiviti fotografi udara yang boleh mendatangkan risiko ke atas tapak bersejarah negara AS tersebut.

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button