Nasionalpilihan

Ada lembaga besar jaga nenek Painah Siwan sebelum ‘dipulangkan’

“Masa jumpa nenek Painah Siwan di lopak air di kebun sawit berkenaan seperti ada satu lembaga sedang menjaganya sebelum hilang selepas dilaungkan azan,” kata ahli paranormal, Mohd Fitri Abdul Razak, 32.

Mohd Fitri berjaya menemui wanita warga emas itu kira-kira pada jarak 300 meter di kawasan berkenaan dan kelihatan mangsa seperti batu besar yang berada di tengah-tengah lopak.

Menurutnya, dia seperti diberikan firasat untuk pergi lebih dekat bagi memastikan apa yang dilihatnya itu benar-benar batu atau wanita yang dicarinya itu.

“Selepas lembaga berkenaan hilang, nenek Painah terus rebah sebelum saya dan rakan (dikenali sebagai Jas) mendapatkannya dan memberikan makan kerana kelihatan terlalu lemah.

“Disebabkan tempat nenek itu ditemui berada di kawasan yang berpaya, saya terus mendukungnya ke kawasan lapang dan menyelimutkan badannya menggunakan kain yang kami bawa,” katanya.

Mohd Fitri berkata, sebelum itu dia dan sahabatnya sudah bermalam di kawasan yang dikatakan sebagai tempat terakhir wanita warga emas berkenaan berada.

“Pada waktu malam, kami merasakan ada sesuatu yang aneh kerana selepas hampir dua jam berjalan namun masih berada di tempat yang sama.

“Lebih mengejutkan apabila bangun pagi kami berada di atas tanah lapang sedangkan pada malamnya kawasan tempat berehat penuh dengan pokok renek dan rimbun,” katanya.

Katanya, kejayaan menemukan nenek Painah adalah hasil daripada bantuan Allah apabila setiap langkah pencarian yang dilakukan diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran termasuk Ayat Kursi.

“Ia juga hasil daripada doa yang tidak putus-putus daripada semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak supaya nenek Painah ditemukan,” katanya.

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button