Luar Negara

Tiada lagi percutian murah – Penganalisis

EKONOMI khususnya sektor pelancongan pasca Covid-19 dijangkakan tidak lagi seperti dahulu dan penganalisis meramalkan tiada lagi percutian murah.

Hal demikian dijangka susulan penerimaan ‘the new normal’ (kebiasaan baharu) akibat penularan wabak pandemik Koronavirus itu yang memerlukan amalan penjarakan sosial.

[BACA] Apabila Tuan Tanah sudah banyak bertolak ansur — Suara Merdeka

Antara terkesan adalah sektor penerbangan, apabila penjarakan sosial dilaksana akan menyebabkan kapal terbang tidak penuh.

Perkara itu dinyatakan Penganalisis Penerbangan Bebas, Brendan Sobie yang menjangkakan kapal terbang akan berlepas dengan jumlah penumpang di bawah 50 peratus.

“Setiap hari semua syarikat penerbangan cuba merancang bagaimana untuk mengadaptasi kebiasaan baharu.

PERCUTIAN MURAH
BRENDAN SOBIE

“Setakat ini, mereka jangka perlu lakukan pengosongan kerusi. Ini akan memberi kesan kepada pendapatan. Namun perkhidmatan kargo masih jadi sumber keuntungan penerbangan,” katanya lapor portal Channel News Asia.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Alexandre de Juniac, memaklumkan harga tiket penerbangan perlu dinaikkan sehingga 50 peratus.

“Sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi dalam pesawat akan kosong sekiranya penjarakan sosial dikuatkuasakan.

[BACA] Pengarah filem Kamal Ishak meninggal dunia — Suara Merdeka
[BACA] Antara Bangsa Johor Ir Hasni dan pengorbanan besar Bersatu — Suara Merdeka

“Bagi menampung kerugiannya, syarikat perlu menaikkan harga tiket penerbangan sekurang-kurangnya 50 peratus dengan keuntungan yang minimum.

“Justeru sekiranya ia betul-betul dilaksanakan, maka tiada lagi percutian yang murah,” jelasnya.

Pandangan itu disokong Pengasas Perunding Penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof yang menyatakan jangkaan kos daripada IATA adalah tepat.

Katanya, hal seperti ini pernah berlaku selepas tragedi serangan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat (AS) pada September 2011.

PERCUTIAN MURAH
SHUKOR YUSOF

Susulan tragedi itu, satu syarat baharu dikenakan oleh syarikat penerbangan kepada penumpang sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

“Syarikat penerbangan tambang murah sebelum ini akan memenuhkan penumpang seramai mungkin demi menjana pendapatan.

[BACA] Mohammad Rafiezulanwar Jaffri penuhi janji cabaran 1 juta komen — Suara Merdeka
[BACA] Gilmour puas hati dengan prestasi bersama Chelsea — Suara Merdeka

“Bayangkan dalam satu kapal terbang mereka cuma bawa 180 penumpang sahaja. Syarikat pasti bergelut sehinggalah vaksin Covid-19 ditemui,” ujarnya. – Agensi

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button