Jenayah

Fahmi beri keterangan pada polis lagi, libat dua kertas siasatan

PEREKA grafik Fahmi Reza yang ditahan dan direman selama sehari baru-baru ini berkaitan kes melibatkan Permaisuri Agong sekali lagi dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pukul 10 pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Fahmi memberitahu pihak polis membuka dua kertas siasatan terhadapnya di bawah Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurutnya, siasatan tersebt berkaitan karikatur wajah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba dan logo Univeriti Katak Malaysia yang menyerupai logo Universiti Kebangsaan Malaysia yang dilukisnya sebelum ini.

“Selesai membeli cincau di IPD Kajang. Aku disoal siasat untuk dua kertas siasatan baru yang dibuka terhadap aku.

“Yang pertama dengan inspektor dari IPD Kajang pasal grafik logo #UniversitiKatakKebangsaan yang aku post di FB.


“Yang kedua dengan Inspektor dari IPD Sepang pasal lukisan muka Menteri Air Suam macam dracula yang aku post di Twitter,” kata Fahmi.

Menurut aktivis tersebut dalam tempoh lima bulan tahun ini sebanyak lima kertas siasatan dibuka terhadap beliau kerana posting dan grafik satira yang dihasilkannya.

“Siapa sangka seorang pereka grafik boleh menggugat penguasa. Aku bersedia untuk berdepan dengan apa-apa siasatan atau dakwaan, dan sedia pertahankan kebebasan aku untuk bersuara dengan seni sebagai senjata. F++k fear, let’s dance!” katanya.

Fahmi sebelum ini ditahan dan direman kerana senarai lagu Spotify bertema “dengki ke” yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Senarai ‘playlist’ itu memaparkan potret baginda Permaisuri Agong bersama dengan kata-kata “This is Dengki Ke?”

Senarai lagu itu menampilkan 101 lagu Inggeris dan Melayu daripada pelbagai artis yang hampir semuanya bertemakan cemburu.

Kes tersebut disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5 JSJ di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-SM

 

 

 

 

(Visited 83 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button