Jenayah

Keracunan puding buih: KKM buat siasatan

PENGUSAHA puding buih yang didakwa menjadi punca keracunan sehingga menyebabkan kematian seorang wanita dari Marang, Terengganu, diberi dua minggu untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sepanjang tempoh itu pengusaha perlu membersihkan dapur termasuk peralatan yang digunakan.

“Selepas tempoh 14 hari, kita akan kembali untuk melakukan pemeriksaan melibatkan tahap kebersihan dan kaedah penyediaan makanan.

“Kita juga sedang menunggu arahan lanjut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes tersebut,” katanya.

Wanita tenat akibat keracunan puding buih meninggal dunia

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik memberitahu, pihaknya tidak terlibat dalam siasatan kes melibatkan mangsa dari Marang, Terengganu itu.

Jelasnya, segala siasatan lanjut akan dilakukan KKM.

Sebelum itu, mangsa, seorang wanita berusia 25 tahun meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu, semalam akibat keracunan makan puding buih. – SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button